Sunday, December 8, 2013

oK kt sini aku nk kongsikan sikit apa tu yg dikatakn dacum & dascum..yang slama ni kita cuma tau WIM,LG,TP,LE,NOSS,COS..

Aku pasti ade yang tau tntngnye cuma aku nk kongsikan dgn yg xtau supaya nnti temuduga tak kantoi mcm aku..hehehe

sudi2 la baca k..

DACUM vs DASCUM
DACUM (Develop a curriculum) adalah proses yang dibuat untuk membangunkan NOSS oleh JPK. Di adaptasi dari teknik yang diguna pakai di USA. Melibatkan beberapa sesi iaitu sesi pembangunan NOSS(National Occupational Skills Standard), LWA, COS(Course of study) & WIM(Written Instructional Material).

DASCUM (Develop a standard & curriculum) adalah proses BARU yang dibuat untuk menambahbaik sistem DACUM yang sedia ada.Proses yang dah diubahsuai adalah produk Malaysia berdasarkan sistem DACUM yang telah diamalkan. Proses diringkaskan kepada 2 sesi sahaja iaitu

1. Sesi pertama – melibatkan expert panel, dokumen disediakan adalah JPC(Job profile chart) & CP (Competency profile)

2. Sesi kedua – melibatkan expert panel & pengajar, dokumen disediakan ialah CoCU (Curriculum of competency unit)

Proses DASCUM dibangunkan mengikut level, bukan lagi mcm dulu dimana semua level yang terlibat dibangunkan secara serentak.

Personally, I prefer DASCUM sebab dalam zaman teknologi yang cepat berubah pendekatan ini adalah yang terbaik. It's centralized & lebih menjimatkan masa kerana selepas sesi kedua tamat, jabatan boleh terus bersedia dengan WIM. Disamping itu, dalam Job profile chart yang dibangunkan semasa sesi pertama mempunyai core & elective skills yang diperlukan untuk menjadi seorang yang competent dalam bidang tersebut. Isi kandungan dalam DASCUM boleh digunakan terus untuk dijadikan modul bagi industri & bagi pelatih digunakan untuk pelajar belajar SKM dari tahap 1 hingga 5.

No comments:

Post a Comment